ForumPerbincangan
Perbincangan

Perbincangan tentang pembaikan tandas sekolah

40 tontonan 1 balasan 1 pesertaTerakhir: 26 Mei 2026
POST ASAL
AP
Ahli PIBG
26 Mei 2026

Saya mendapat banyak makluman dari parent berkenaan keadaan tandas sekolah yang tidak baik . Untuk makluman , tandas itu dibasuh dua kali sehari pagi and petang oleh cleaner . Tetapi penggunaan die masih kotor and berbau disebabkan pelajar tidak membasuh dengan betul.

Ada cadangan dari parent apa yang boleh dilakukan untuk memperbaiki pekara ini ?

1 Balasan — Terlama dahulu
AP
Ahli PIBG
21 Jul 2026
Balasan #1

Antara cadangan yang mungkin boleh dapat dibantu ialah:

  1. Sediakan peralatan kebersihan asas – Seperti berus tandas, sabun, pewangi atau blok pembersih tandas kerana tandas berbau hancing, dengan lebih banyakkan sabun lantai dan kekerapan pembersihan dapat meningkatkan common sense para murid atas mengelak untuk melakukan kekotoran.

  2. Letakkan poster peringatan – Paparkan poster yang besar, cara menggunakan tandas dengan betul dan peringatan supaya membilas selepas digunakan.

  3. Guru membuat peringatan berkala – Ingatkan murid tentang adab dan tanggungjawab menjaga kebersihan tandas.

  4. Tambah kekerapan pembersihan – Contohnya daripada dua kali kepada tiga atau empat kali sehari, terutama selepas waktu rehat atau penambahan cleaner 2 orang atau berasingan bagi elak keletihan kerana penggunaan kapasiti murid ke tandas sekolah yang kita tidak jangka berlaku dalam sehari.

  5. Pemantauan oleh pengawas atau guru bertugas – Pemeriksaan berkala terutama selepas waktu rehat.

  6. Program pendidikan kebersihan – Adakan kempen atau aktiviti ringkas tentang kepentingan menjaga kebersihan tandas.

  7. Sediakan saluran aduan – Murid boleh memaklumkan segera jika tandas terlalu kotor atau tersumbat.

  8. Libatkan ibu bapa – Minta ibu bapa turut mengingatkan anak-anak supaya menggunakan tandas dengan betul dan membilas selepas digunakan.