Program Gotong-Royong SK Medini (Jom Ceriakan Sekolah Kita!)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua ibu bapa, guru-guru, dan warga komuniti setempat, Pihak sekolah dan PIBG dengan berbesar hati menjemput anda semua untuk hadir dan menjayakan Program Gotong-Royong SK Medini . Mari bersama-sama kita menyumbang tenaga untuk menceriakan dan mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih bersih, selamat, dan kondusif untuk anak-anak kita! Maklumat Program: Tarikh: 18 Julai 2026 (Sabtu) Masa: 8.00 Pagi hingga 1.30 Petang Tempat: Sekolah Kebangsaan Medini Fokus Utama Aktiviti Kita: Mengecat & Menceriakan: Kawasan tumpuan seperti Tangga Dataran ABC, Arena Astaka Padang, railing tangga, divider , kawasan menunggu ibu bapa, dan petak parkir. Pembersihan: Semburan waterjet dan mengecat dinding belakang kawasan RMT lama. Baik Pulih: Membaiki, memotong kerusi yang rosak, dan menyembur semula warna ( spray ) pada kerusi pelajar dan PIBG. Persekitaran Bersih, Sekolah Hebat, Murid Bersemangat! Sokongan dan tenaga anda amatlah bermakna demi kelestarian sekolah. Jumpa anda semua hari Sabtu ini!