Jumaat, 21 Ogos 2026Dalam Talian
SK Medini · Iskandar Puteri, Johor·Pelan Hala Tuju
PIBG MTS Logo
MTS SejahteraPIBG SK Medini
Laman Utama
UtamaForumSumbanganMTS FamilyKedaiTakwimPIBG DiaryPelan Hala Tuju
MTS Sejahtera · PIBG SK Medini
PIBG MTS Logo
Persatuan Ibu Bapa dan GuruSK Medini
UtamaForumSumbanganMTS FamilyKedaiTakwimPIBG DiaryPelan Hala Tuju
Log MasukSertai Kami
PIBG MTS
Persatuan Ibu Bapa dan GuruMTS Sejahtera

Platform rasmi komuniti PIBG Sekolah Kebangsaan Medini — ruang untuk berbincang, menyumbang, dan mengikuti perkembangan sekolah bersama-sama.

SK Medini, Iskandar Puteri, Johorpibg@medinitrustschool.com

Modul

  • Utama
  • Forum
  • Sumbangan
  • MTS Family
  • Kedai
  • Takwim
  • PIBG Diary
  • Pelan Hala Tuju

Akaun

  • Log Masuk
  • Daftar Akaun
  • Dashboard
  • Pelan Hala Tuju

© 2026 MTS Sejahtera · PIBG Sekolah Kebangsaan Medini

Dibangunkan untuk komuniti, oleh komuniti.

UtamaForumSumbanganMTS FamilyDiari
Sumbangan PIBG·1 kempen aktif

Setiap ringgit dikumpul, dilaporkan, diketahui.

Lihat semua kempen sumbangan aktif, sasaran kutipan, dan progres semasa — dilaporkan secara telus kepada komuniti.

RM 84,620
Terkumpul
364
Penyumbang
1
Kempen Aktif
Semua KempenAktifSelesaiDitangguhkan
Sumbangan Kerja Naik Taraf Surau Al Khawarizmi SK Medini
★ Sorotan
Aktif

Infrastruktur · 76% terkumpul

Sumbangan Kerja Naik Taraf Surau Al Khawarizmi SK Medini

Pengenalan Surau Al Khawarizmi Sekolah Kebangsaan Medini merupakan surau gunasama dengan Sekolah Agama Medini. Ia menjadi wadah utama kepada para pelajar serta seluruh warga sekolah untuk menunaikan solat dan melaksanakan pelbagai aktiviti keagamaan. Namun demikian, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, keadaan surau didapati telah mengalami kerosakan yang teruk seperti lantai pecah dan tandas tersumbat, sekali gus menjejaskan keselesaan serta keselamatan pengguna. Sehubungan itu, hasil daripada mesyuarat dan perbincangan bersama kedua pihak telah mencapai satu persetujuan iaitu untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih surau demi kesejahteraan bersama. Kerja-kerja baik pulih yang dicadangkan meliputi: 1. Penanggalan lantai mozek lama yang rosak 2. Penyediaan permukaan lantai baharu 3. Pemasangan mozek baharu yang lebih berkualiti 4. Kerja-kerja kemasan dan pembersihan 5. Membaiki bumbung dan siling rumah yang rosak Anggaran Kos Anggaran kos keseluruhan projek adalah RM100,000 BIL PERKARA ANGGARAN 1. Kerja-kerja pemasangan jubin lantai RM 43,960 2. Kerja-lerja Baikpulih Bumbung Sedia Ada dan Pemasangan Bumbung Tambahan Di Pintu Masuk Surau RM 25,000 3. Kerja-kerja Baikpulih Dan Mengecat Semula Dinding RM 10,000 4 Kerja-kerja pemasangan Langsir Pemisah Jemaah Lelaki Dan Perempuan RM 1,000 5 Kerja kerja Baikpulih Pintu, Sliding Door RM 540 6 Kerja-kerja naik taraf sistem PA RM 7,000 7 Pemasangan Mihrab RM 5,000 8 Kerja pemasangan Rak Al-Quran dan menyediakan Telekung RM 2,500 9 Karpet dan Sejadah RM 5,000 JUMLAH KESELURUHAN RM100,000.00

RM 75,620/ RM 100,000
283 penyumbang31 Ogos 2026
Sumbang sekarang
Program Infak Kerusi MTS
Selesai

Infrastruktur · 100% terkumpul

Program Infak Kerusi MTS

Bagi menyokong penganjuran pelbagai program sekolah, PIBG SK Medini melancarkan Program Infak Kerusi MTS dengan sasaran mendapatkan 400 buah kerusi plastik untuk kegunaan sekolah. Pada masa ini, setiap kali sekolah menganjurkan program seperti Hari Bertemu Ibu Bapa, Mesyuarat Agung PIBG, Sambutan Hari Guru, Majlis Rasmi serta pelbagai aktiviti lain, sekolah perlu menyewa kerusi dengan kadar sekitar RM2 sebuah . Kebanyakan program memerlukan sekurang-kurangnya 400 buah kerusi , menjadikan kos sewaan mencecah RM800 bagi setiap program . Dengan anggaran sekurang-kurangnya 6 program utama setiap tahun , sekolah membelanjakan kira-kira RM4,800 setahun hanya untuk kos penyewaan kerusi. Sehingga kini, SK Medini masih belum mempunyai aset kerusi sendiri. Melalui program ini, PIBG menyasarkan pembelian 400 buah kerusi dengan anggaran kos RM20 sebuah , menjadikan jumlah sasaran sebanyak RM8,000 . Pembelian ini merupakan satu pelaburan jangka panjang yang dapat mengurangkan kos operasi sekolah pada masa hadapan serta memastikan kemudahan sentiasa tersedia untuk kegunaan warga sekolah. Kami mengalu-alukan sumbangan daripada ibu bapa, alumni, syarikat korporat dan orang ramai. Setiap infak yang diberikan bukan sahaja membantu menjimatkan perbelanjaan sekolah, malah menjadi sumbangan yang memberi manfaat kepada ribuan murid dan komuniti sekolah untuk tahun-tahun akan datang. "Satu Kerusi, Sejuta Manfaat untuk Generasi Masa Hadapan."

450 Kerusi/ 450 Kerusi
81 penyumbang31 Ogos 2026
Lihat kempen