ForumPengumuman
Pengumuman Disematkan

Program Gotong-Royong SK Medini (Jom Ceriakan Sekolah Kita!)

25 tontonan 0 balasan 1 pesertaTerakhir: 14 Jul 2026
POST ASAL
AP
Ahli PIBG
14 Julai 2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua ibu bapa, guru-guru, dan warga komuniti setempat,

Pihak sekolah dan PIBG dengan berbesar hati menjemput anda semua untuk hadir dan menjayakan Program Gotong-Royong SK Medini. Mari bersama-sama kita menyumbang tenaga untuk menceriakan dan mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih bersih, selamat, dan kondusif untuk anak-anak kita!

Maklumat Program:

  • Tarikh: 18 Julai 2026 (Sabtu)

  • Masa: 8.00 Pagi hingga 1.30 Petang

  • Tempat: Sekolah Kebangsaan Medini

Fokus Utama Aktiviti Kita:

  • Mengecat & Menceriakan: Kawasan tumpuan seperti Tangga Dataran ABC, Arena Astaka Padang, railing tangga, divider, kawasan menunggu ibu bapa, dan petak parkir.

  • Pembersihan: Semburan waterjet dan mengecat dinding belakang kawasan RMT lama.

  • Baik Pulih: Membaiki, memotong kerusi yang rosak, dan menyembur semula warna (spray) pada kerusi pelajar dan PIBG.

Persekitaran Bersih, Sekolah Hebat, Murid Bersemangat! Sokongan dan tenaga anda amatlah bermakna demi kelestarian sekolah. Jumpa anda semua hari Sabtu ini!

Belum ada balasan. Jadi yang pertama memberi pandangan.