Pengenalan
Surau Al Khawarizmi Sekolah Kebangsaan Medini merupakan surau gunasama dengan Sekolah Agama Medini. Ia menjadi wadah utama kepada para pelajar serta seluruh warga sekolah untuk menunaikan solat dan melaksanakan pelbagai aktiviti keagamaan.
Namun demikian, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, keadaan surau didapati telah mengalami kerosakan yang teruk seperti lantai pecah dan tandas tersumbat, sekali gus menjejaskan keselesaan serta keselamatan pengguna.
Sehubungan itu, hasil daripada mesyuarat dan perbincangan bersama kedua pihak telah mencapai satu persetujuan iaitu untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih surau demi kesejahteraan bersama.
Kerja-kerja baik pulih yang dicadangkan meliputi:
1. Penanggalan lantai mozek lama yang rosak
2. Penyediaan permukaan lantai baharu
3. Pemasangan mozek baharu yang lebih berkualiti
4. Kerja-kerja kemasan dan pembersihan
5. Membaiki bumbung dan siling rumah yang rosak
Anggaran Kos
Anggaran kos keseluruhan projek adalah RM100,000
BIL | PERKARA | ANGGARAN |
1. | Kerja-kerja pemasangan jubin lantai | RM 43,960 |
2. | Kerja-lerja Baikpulih Bumbung Sedia Ada dan Pemasangan Bumbung Tambahan Di Pintu Masuk Surau | RM 25,000 |
3. | Kerja-kerja Baikpulih Dan Mengecat Semula Dinding | RM 10,000 |
4 | Kerja-kerja pemasangan Langsir Pemisah Jemaah Lelaki Dan Perempuan | RM 1,000 |
5 | Kerja kerja Baikpulih Pintu, Sliding Door | RM 540 |
6 | Kerja-kerja naik taraf sistem PA | RM 7,000 |
7 | Pemasangan Mihrab | RM 5,000 |
8 | Kerja pemasangan Rak Al-Quran dan menyediakan Telekung | RM 2,500 |
9 | Karpet dan Sejadah | RM 5,000 |
JUMLAH KESELURUHAN | RM100,000.00 | |
